Thursday, November 18, 2010

tipu



tipu ni ada byk kategori...ada yg ckp tipu sunat..tipu untuk menyelamatkan dri sendiri...ntah la bleyh ke x..heeheheh...depend la kt individu 2 sendiri....

ada org ckp,tipu 2 xbaek...nt dpt dosa...byk la kn pandangan org...

yg plg penting xbaek tipu mak ngn ayh...yg 2 bg sy,xde sunat tipu nie...dlm kes ni la...mak ngn ayh xpe tipu kte sbb diorg nk ajar kte...huhuhuuhu....

haaaaaaaaaa.....
kalo kategori kwn plak,
ada baek jgk tp ada buruk jgk...
kalo niat kte utk maen2 or bergurau,bleyh kowt...heheheeh...tp 
AWAS...
kna la tgk org yg kt nk maen2 dlu...
kang tersalah org,kt plak yg binasa...
huhuhuhu....
tp kalo kt tipu diorg sal homework,xpe....
sbbnya,kt xnk diorg tiru...
ckp la cm nie....
"aku xsiap lg tp kalo nk suh ajaqkan,bleyh la"
tp sbnrnya,kt da siap da...
kt nk kwn kt pandai...
CEMERLANG,GEMILANG,DAN TERBILANG....

kategori cintan dan cintun....
dlm kategori ni,menipu 2 bgs jgk...cnthnya dlm hal kwgn...
kalo la dpt 'balak' yg mata duitan,tipu2 la ckit...
tym klr jew,wat la muka sdih xde duit....heeheheeeehe

dlm perhubungan plak...
kalo menipu 2,skt bangat...
xbaek menipu dlm perhubugn...
especeply,
PERCINTAAN....
kalo ditipu gewe,tgglen aje die...
cri cowok yg lbih gantang...
hahahhahaaaa....
ske aty jew kn....

k,la...
da xtaw nk menipu apa...
OpppSSS!!!!!!
tertipu la plak...heheehehh....

Sunday, November 14, 2010

kehebatan perkataan'tolong ngn tima kasih'

Can you press for me level 7... Please," Pinta seorang kiwi (orang New Zealand), semasa kami berada di dalam lif di perpustakaan universiti.
"Sure!" Saya membalas, sambil jari menekan butang di lif.
"Cheers!" Dia membalas.
Dalam satu kejadian lain,
"Excuse me, can you take that for me. Please.." Pinta seorang makcik.
"Which one? This one?" Sambil memegang tin dan menunjukkan kepada makcik yang meminta.
"Yup. Thank you so much, my love!" Oh, hati berbunga, kerana dipanggil 'love'!Sweet lah makcik ni~
Saya bukanlah seorang yang terlalu 'alert', tetapi untuk masa-masa yang tertentu, telinga saya menangkap setiap butir bicara yang dikeluarkan oleh orang sekeliling. Kemudian, saya berfikir dan menilai, lantas belajar tentang erti kehidupan.
*****
Dalam situasi lain, dengan latar masyarakat yang berbeza.
"Mimi, ambil kan buku atas meja," Saya berhenti sekejap. Otak ligat berfikir, memproses ayat yang dikeluarkan oleh rakan sebentar tadi.
Saya diam. Badan bergerak menuju ke arah meja untuk mengambil buku.
"Mimi, buka pintu rumah," Nadanya biasa sahaja. Tiada nada marah, mahupun mengarah. Saya diam. Kad rumah dikeluarkan, pintu dibuka.
Hati memberontak, mahu juga berkata tentang apa yang saya rasa pada kawan sekeliling. Masa senggang yang ada saya ambil untuk membuat perbincangan, dengan harapan sahabat boleh berfikir tentangnya.
"Ijan, perasan tak sesetengah orang ni suka 'memerintah'," Saya memulakan bicara.
"Macam mana?", Dia menyoal untuk mengetahui.
"Kita selalu perasan, kawan-kawan kita jarang nak guna perkataan 'tolong'. Terutama apabila mahukan orang lain membuat sesuatu untuknya. Semua pun nak beri arahan,"
"Kita selalu perasan jugak, kiwi-kiwi kat sini, kalau nak minta tolong daripada orang lain, mesti mereka akan gunakan perkataan, "Please". Kalau tak di awal ayat pun, di akhir ayat mereka pasti akan guna juga perkataan "Please" tu."
Ego kah diri, sebab tak mahu 'diarah'? Bukan. Cuma, merasakan bahawa perkataan yang keluar itu memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan si pengeluar perkataan tersebut.
Bukankah tujuannya mahu meminta 'tolong'? Tidak terlalu berat atau susah rasanya untuk menggunakan perkataan 'tolong' tersebut.
Bukankah perkataan 'tolong' itu juga menunjukkan rasa rendah diri. Rendah diri kerana diri sendiri tidak mampu untuk melakukan sesuatu. Jadi, kita bertindak untuk meminta bantuan dan pertolongan daripada orang lain.
Manusia, tiada yang sempurna, malah manusia perlu untuk hidup dalam komuniti supaya setiap kelemahan yang ada di dalam diri individu mampu ditampung oleh individu yang lain.
"Eh, dah lah nak minta tolong orang. Kemudian nak mengarah pula." Detik dia di dalam hati apabila diminta untuk 'tolong' mengambilkan sesuatu. Sedangkan bukanlah dia sedang di'arah' pun, cuma struktur ayat yang keluar menyebabkan dia rasa seperti sedang diarah. Sedangkan, kalau difikir kan pun, tiadalah kawan itu mahu 'mengarah' pun.
Lagi teruk keadaannya apabila permintaan telah dipenuhi, 'terima kasih' tidak dilafazkan.
Terima kasih itu sebagai tanda penghargaan kepada yang telah membantu. Kadang-kadang yang membantu tidaklah mengharapkan sangat perkataan tersebut, tetapi, bukankah itu adab?
Orang berbudi, kita berbahasa..kan?
Tahun lepas banyak turning point kepada diri. Salah satunya adalah insiden yang berlaku semasa perjalanan ke universiti, dengan menaiki bas.
Rakan saya membayar tambang bas kepada pakcik pemandu. Dikatakannya, "University."Seperti biasa, mukanya sentiasa tersenyum, sambil tangan menghulur syiling bernilai NZD1.50. Pakcik tersebut berkata, "Sorry?" Sambil air mukanya berubah. Rakan saya mengulang perkataan yang sama, "University." Pakcik tersebut,"Again?"
Ketika itu saya sudah mulai rasa pelik. Di dalam hati, "Eh, teruk sangat ke slang kitorang sampaikan sebut 'university' pun pakcik tu tak dapat nak identify?"
Rakan saya menyebut lagi, "University." Air mukanya tetap tidak berubah, tetap tersenyum. Kemudian, pakcik itu menyebut, "Rude!" Raut mukanya seperti marah, sambil mengambil duit yang dihulurkan oleh rakan tersebut.
Sepanjang dalam perjalanan ke universiti, kami berfikir, kenapa pakcik tersebut marah? Apa yang kami buat?
Lantas, Allah SWT datangkan pengajarannya. Rakan saya berkata, "Mesti sebab kita tak guna perkataan 'please'.
Kalau tak, takkan lah pakcik tu kata 'rude!' tiba-tiba."
Astaghfirullahal'azim. Saya terdiam, memandang ke luar tingkap, sambil berfikir. Berfikir dan bersyukur diatas tunjuk ajar yang telah diberikan oleh Allah SWT.
Hati terdetik, "Mereka ni ada nilai-nilai baik yang diamalkan dalam kehidupan seharian, bukanlah mereka Islam pun. Tetapi, mereka tahu dan amalkan nilai dan adab."
Allahu akbar~ Terima kasih kepada pakcik pemandu bas yang telah 'mengajar' kami nilai dan adab. Hati terasa lembut, tiada langsung rasa mahu marah kerana perkataan "Rude!" yang dikeluarkan.
Marah tiada, tapi terkejut. Langsung, bersyukur kepada Allah SWT yang mahu kami tahu dan belajar tentang erti hidup. Erti hidup yang sebenarnya perlu kepada adab dan nilai hormat kepada orang sekeliling yang telah memberi khidmat dan bantuan.
Jangan ditinggalkan perkataan 'Tolong' dan 'Terima Kasih' dalam hidup sehari-hari! Hakikatnya, kita lemah. Paling tidak pun, kepada Allah SWT perlu untuk kita meminta!

kisah cinta kopi masin

Dia baru sahaja tamat belajar dan kini telah bergelar seorang doktor. Masih bujang dan tercari-cari seorang isteri sebagai teman hidup.
Pada suatu hari, ketika sedang minum di sebuah kedai kopi berdekatan dengan sebuah sekolah tahfiz di Lembah Beringin bersama seorang rakannya yang hafaz Quran, dia terpandang seorang gadis yang sungguh cantik.
Dengan wajahnya yang tenang dan penampilan solehah, gadis itu sungguh menawan.
Si doktor dan si gadis bertentangan mata, tetapi dengan segera kedua-duanya mengalihkan pandangan mereka.
"Astaghfirullah," bisik doktor itu perlahan. Dia sedar itu panahan syaitan. Si gadis sedang minum-minum bersama dua orang rakannya.
Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah ini! Secara tiba-tiba si doktor menjadi gugup, berdebar-debar dan serba tidak kena. Ingin sahaja dia menyunting gadis ini sebagai isterinya.
Doktor tersebut berbisik kepada rakannya yang hafaz Quran itu, "Kau kenal ke gadis itu?"
"Kenal. Dia sungguh berbudi bahasa. Dan masih belum berpunya lagi," jawab rakannya sambil tersenyum memahami. Aduh, bertambah guguplah doktor muda ini!
Tiba-tiba, datang pelayan meminta order, dan dia secara spontan berkata,
"Berikan saya kopi masin!"
Semua orang memandang dan melihat aneh kepadanya, termasuklah rakannya, pelayan dan gadis tersebut. Mukanya mendadak menjadi merah, tetapi dia tetap tidak mengubah pesanannya, dan setelah kopinya sampai, dia terus meminumnya.
Kehairanan, rakannya bertanya "Mengapa kopimu mesti masin, sahabatku?"
"Saat aku masih kecil, aku tinggal di tepi laut. Aku sangat suka bermain-main di laut, di situlah tempatnya aku dapat rasakan air laut... masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini," jawab lelaki ini.
Tanpa disedari, gadis cantik yang duduk di meja bersebelahan mereka mendengar kata-kata si doktor tersebut. Gadis ini terharu. Itu adalah hal yang sungguh menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang lelaki yang mengungkap kerinduan akan kampung halamannya.
Dia pasti lelaki itu adalah seorang yang menyintai dan mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Dia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya. Jika dia seorang abang, pastinya dia seorang yang sangat menyayangi adik-adiknya. Bertuahlah siapa yang menjadi isterinya.
Setelah peristiwa tersebur, si doktor ini meminta rakannya merisik gadis tersebut. Pucuk dicita, ulam mendatang. Setelah mengetahui rombongan merisik adalah mewakili lelaki yang ditemuinya di kedai kopi tempohari, si gadis yang pada ketika itu hampir tamat pengajian di sekolah tahfiz, menerima si doktor ini sebagai teman hidupnya dengan hati terbuka.
Seperti kisah cinta yang indah, Allah mengurniakan ketenangan di dalam rumah tangga mereka. Mereka hidup bahagia, saling menyanyangi antara satu sama lain, walaupun tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Cinta yang berputik setelah perkahwinan, terus kembang mekar seiring dengan ketaatan mereka kepada Yang Maha Pencipta. Dan setiap kali si isteri membuatkan secawan kopi buat suaminya, dia tidak lupa membubuh sedikit garam di dalamnya, kerana dia tahu, itulah kesukaan suaminya.
Setelah 40 tahun hidup bersama, si suami meninggal dunia. Dia meningalkan sepucuk surat buat isterinya.
"Sayangku, sepanjang tempoh kehidupan kita bersama, abang telah sentiasa jujur terhadapmu, tetapi maafkan abang untuk satu perkara. Maafkan kebohongan yang telah abang buat sepanjang hidup abang. Inilah satu-satunya kebohongan abang kepadamu - tentang kopi masin. Kamu ingatkah di saat kita pertama kali bertemu? Pada ketika abang sedang minum kopi dengan Ustaz Syakir, di maahad? Abang sangat gugup pada ketika itu. Sebenarnya abang inginkan kopi manis. Tetapi abang telah tersebut kopi masin. Waktu itu abang ingin batalkannya, tetapi abang terlalu gugup di hadapanmu ketika itu, maka abang biarkan sahaja. Abang tidak pernah menyangka itu akan menjadi awal perkenalan kita. Abang telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu..abang telah mencuba beberapa kali sepanjang hidup abang...tetapi abang tak sanggup melukakan hatimu..
Sekarang saat kamu membaca surat ini, abang sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu abang bimbangkan, maka abang akan menyatakan ini kepadamu: Abang tidak menyukai kopi masin. Tapi sejak mengenalimu, abang selalu minum kopi masin yang kamu buatkan sepanjang hidup abang. Dapat berada di sampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidup abang. Jika abang punya kesempatan untuk menjalani kehidupan sekali lagi, abang akan tetap berusaha mengenalimu dan menjadikanmu sebagai isteri abang walaupun abang harus minum kopi masin sekali lagi."
Sambil membaca, air matanya membasahi surat itu.
Suatu hari, seseorang telah bertanya kepadanya, "Bagaimana rasa kopi yang masin?"
Dia dengan pastinya menjawab, "Rasanya manis sekali."

Friday, November 5, 2010

Tanda-tanda terkena santau
Ø -batuk yang berlarutan
Ø -penyakit kulit
Ø -bibir pecah2
Ø -rabun tetiba
Ada lg tp xigt…
Kalo mimpi,jatuh dr tmpt tggi.mimpi nmpak bnda2 tajam maknanya kt terkena santau…
Berhati2 lahtym mnum air kt kdai kew,kt mna2 kew….slalunya org santau guna air…slalu la bca bismillah sblm mnum atau mkn…

Wednesday, November 3, 2010

heeeehee...nk gatal jap...

CINTA YANG DATANG SECARA SEMULA JADI ADALAH YANG TERBAIK ????
KATA orang untuk mempertahankan hubungan cinta jauh lebih sukar daripada mencari pasangan kekasih. Setelah mengharungi semua halangan dan dugaan, sudah pasti anda mahukan hubungan yang berterusan.
Di sini saya sertakan sedikit TIP penting untuk mengukuhkan ikatan cinta yang berkekalan … InsyaALLAH.

Tip 1 : Tiga Kata Ajaib…
Mungkin ini adalah kata-kata yang boleh diucapkan selama-lamanya. Sebaiknya, anda tidak perlu menanti si dia mengucapkan perkataan “I LOVE U”. Ini kerana, anda sendiri sudah mendengar luahan cintanya melalui sikap dan tingkah lakunya.

Tip 2 : Hayati Hubungan Anda…
Walaupun si dia sudah lama berada dalam genggaman tangan, anda masih perlu menghayati hubungan cinta ini sehinggalah anda dan pasangan anda benar-benar serasi dan selamat.

Tip 3 : Teruskan Kehidupan Normal…
Jika sebelum anda bersama si dia, anda begitu aktif melakukan aktiviti luar misalnya bersukan, maka teruskan aktiviti riadah itu. Perlu diingatkan, anda tidak perlu mengubah gaya hidup normal semata-mata kerana cintakan si dia. Pastikan, anda perlu berbincang mengenai rutin harian anda dengan si dia…

Tip 4 : Jangan Terlalu Romantis…
Romantis adalah satu perkara yang indah dalam perhubungan. Ia adalah ramuan yang penting untuk mengekalkan perhubungan. Jadi, tidak perlu dilakukan sepanjang hari.

Tip 5 : Komunikasi Secara Terbuka …
Komunikasi adalah penting dalam membina kebahagiaan dalam hubungan intim. Apabila cinta anda berdua sudah memasuki tahap hubungan yang stabil, ia bererti sudah tiba masanya untuk anda berkomunikasi secara dua hala tentang hal peribadi masing-masing. Bangkitkan situasi luar biasa agar si dia mengenali diri anda secara luaran dan dalaman. Begitu juga anda, cuba fahami keinginan dan peribadi pasangan.

Tip 6 : Jangan Kelam Kabut…
Jikar naluri si dia bersikap ramah mesra dan mudah bergaul dengan masyarakat sekeliling, anda tidak perlu kelam-kabut , panik dan bersifat kebudak-budakan. Ingat, hati si dia tetap milik anda.

Tip 7 : Peka Perkara Sensitif..

Pertimbangkan dahulu masalah jika anda ingin menyelesaikan perkara-perkara yang sensitif. Ingat situasi semasa, keadaan sekeliling dan kenali hatinya. Anda pasti tidak ingin membuat si dia berasa malu terutama di depan orang tuanya.

Tip 8 : Biarkan Hubungan Melewati Dugaan Dan Cabaran !!!

Perkara ini akan membuatkan hubungan anda tidak membosankan. Pelbagai cabaran hidup juga boleh dijadikan kayu pengukur untuk menguji hubungan anda. Perhatikan sikap si dia ketika berhadapan dengan masalah.
PENTING , cuba kawal tekanan perasaan anda agar diri tetap tenang walau apa perkara sekali pun ..

Sunday, October 31, 2010

resepi cupcakes yg lazat...yummy

Bahan-bahan ( 15 biji )
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula halus
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/3 cawan minyak masak- vegetable oil
  • 1 cawan susu segar or susu cair
  • 1 sudu kecil essen vanila
  • 1/2 cawan choc chip
  • 1 biji telur- pukul sedikit
Cara-cara
  1. Panaskan oven atau kukusan. Susun mangkuk cupcakes
  2. Ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder
  3. Gaul sebati gula, tepung, koko, soda & baking powder
  4. Dalam bekas lain, kacau sebati telur, minyak, susu dan essen vanilla
  5. Masukkan campuran tepung & koko kedalam campuran minyak.
  6. Kacau sebati dan masukkan choc chip. Sudukan kedalam mangkuk cupcakes
  7. Kukus/bakar selama 20-25 minit

first tyme..

rsa cm best jew bla tgk kwn2 wat blog...so,nk try jgk...hahahaah...give support to me...dah la study week tp sempat jew nk wat blog...i just follow what people say'study smart not study hard'...hehehheehe...tp kalo dpt result nangis hard la...kikikiki